Selamat datang ke TheoCentre! Forum kedua rasmi untuk aplikasi android TheoTown yang diasaskan oleh Mateusz Roszak (Matisom55557).

Saya Ahmad Nur Aizat, wakil pentadbir forum ini dari Malaysia, ingin memberitahu anda tentang peraturan di sini. Mari kita mula:

1. Jangan menyumpah, atau menggunakan perkataan yang kesat. Sekiranya anda ditangkap melanggar peraturan ini, kami akan mengambil tindakan yang tegas
2. Sila hormat-menghormati dan bersopan santun sesama lain
3. Paparan iklan tidam dibenarkan. Mana-mana paparan ini akan dibuang serta-merta
4. Menulis apa-apa perkara yang tidak sesuai/haram adalah dilarang
5. Semua perkara perlu berkait dengan TheoTown
6. Jika anda ingin paparkan kod peta atau tip, sila semak jika ada apa-apa yang berkaitan sudah dipaparkan sebelum ini
7. Jangan tulis semua perkataan dengan HURUF BESAR
8. Sila guna tatabahasa yang sesuai
9. Sila kurangkan penggunaan Emotikon
10. Jika anda ingin menjadi Moderator, sila mohon kepada pentadbir melalui PM. Sila beritahu sebab ingin menjadi Moderator
11. Jangan spaaaaaaaaam, tolonglah
12. Jika anda ingin mengubah nama anda, sila beri PM kepada pentadbir. Jangan beri terlalu banyak permintaan dalam masa terdekat
13. Setelah mendaftar akaun, anda akan diberikan mesej automatik. Usah menjawab mesej itu, kerana ia akan tidak digunakan

Maklumat tambahan

1. Pengguna terdaftar akan dapat akses kepada 5 forum baharu:

Kod peta
Gambar
Tutorial
Luar topik
Bandar nyata

2. Melanggari peraturan yang ditetapkan akan mengakibatkan akaun anda digantung

Terima kasih

Arahan daripada Mateusz Roszak (Matison55557) selaku pentadbir TheoCentre

Last edited by Ahmad Nur Aizat (02-02-2017 20:23:16)